Wednesday, 11 April 2012

BAB1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN


KANDUNGAN TOPIK :
*Pengenalan
*Definisi Tamadun secara umum.
*Perbezaan Tamadun
*Ciri-ciri Tamadun
*Tamadun Agung

*Kemerosotan Tamadun



Pengenalan
  • Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. 
  • Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. 
  • "Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. 
  • Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral."



Definisi Tamadun secara Umum
Secara umumnya tamadun ditakrifkan sebagai pencapaian manusia dalam bidang kebendaan disamping tidak mengabaikan tentang aspek-aspek kerohanian yg menjadi panduan kearah kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat.


Pendapat Sarjana Islam & Barat:
1.Ibn Khaldun :
Dalam kitab Muqaddimah guna istilah Umran.
Umran-makna asal tanah, tempat yg didiami manusia, mempunyai persediaan yg cukup bg manusia
dan keperluannya, pencapaian manusia yg melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yg lbh halus dan mempunyai
nilai-nilai seni

2.Syed Naquib al-Attas
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

3.Jurji Zidan
adunan panduan pencapaian manusia dari segi kerohanian dan kebendaan.

4.Mahmood Mohd. Taib an-Najmi
suatu peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran dari
segi tamadun.

5.Abu Bakar Hamzah
suatu hasil pemikiran orang-orang Islam berlandaskan kepada ad-din Islam sendiri dan
termasuklah aspek kebendaan yang digunakan dalam kehidupan mereka seharian

6.Abd. Alim Abdul rahim dan Syed Idrus Syed Mat Zin
pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk
skrip, seni bina, pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang, politik dan
sebagainya

7.Mahayudin Hj. Yahaya
tamadun itu tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal sahaja, tetapi termasuk juga
aspek keadilan, moral dan kerjasama serta kesefahaman dikalangan anggota masyarakat yang
wujud di kota dan di desa.

8.Clive Bell
tamadun sebagai kriteria masyarakat

9.Redfield :
Tamadun sebagai cara hidup yang berkriteria.

10.Beatty dan Johnson :
kehidupan kota dan tulisan adalah asas utama kelahiran sesuatu tamadun.



11. Sayid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yag berteraskan syariat ALLAH, serta bercirikan  nilai-nilai moral islam.


12. Collingwood
Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yang mana hasil daripada proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masysrakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.


Perbezaan Tamadun :
Terbahagi kepada tiga perkara iaitu:


1.Perbezaan Antara Tamadun dan Agama:
*Kebanyakkan tamadun silam muncul hasil daripada penghayatan yang tinggi terhadap nilai-nilai
keagamaan dlm kehidupan
*Dpt membentuk pandangan semesta & nilai kehidupan yg terpuji dalam masyarakat.
*Ini dpt dibuktikan apb dilihat kpd peninggalan bangunan & barangan tamadun silam yg dpt
menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan beragama.
*Kini, tidak semua tamadun dipengaruhi oleh nilai-nilai keagamaan. Cth: tamadun Barat yg
memisahkan antara nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan masyarakat.
*Agama sangat penting krn ia akan mengatur corak kehidupan manusia kearah kesempurnaan utk
mencapai hidup yg bahagia sama ada kehidupan di dunia dan di akhirat.
*Agama pada keseluruhannya menjadi sumber & asas pembinaan sesuatu tamadun. Cth: agama Islam
menjadi sumber dan asas pembinaan tamadun Islam. Begitu juga agama-agama lain seperti agama
Hindu, buddha dan juga kristian.
*Oleh demikian, perbezaan antara tamadun & agama begitu jelas. Agama merupakan sumber asas
sesuatu pembinaan tamadun.
*Manakala tamadun pula merupakan pencapaian yg dicipta oleh manusia yg bersumberkan sesuatu
agama.

2.Perbezaan antara tamadun & kebudayaan :
*Budaya didefinisikan sebagai cara berfikir & cara merasa yg menyatakan diri dr pelbagai
sudut kehidupan oleh segolongan manusia.
*Cth: tamadun Islam bersifat umum yg merangkumi segenap kehidupan, sedangkan kebudayaan
adalah lebih khusus.
*Kebudayaan hanya merangkumi unsur-unsur pemikiran, abstrak, kerohanian & kejiwaan.
Sedangkan tamadun merangkumi semua unsur-unsur ini dn ditambah dengan unsur-unsur kebendaan
seperti kota raya, tulisan, skrip,seni bina, teknologi dsbgnya.

3.Perbezaan antara tamadun dan bangsa:
*Bangsa boleh ditakrifkan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan. Cth : bangsa
Melayu, Cina & India.
*Bangsa juga ditakrifkan kumpulan manusia di dalam saatu ikatan kenegaraan, cth: bangsa
Malaysia
*Tamadun pula adalah merupakan pencapaian yang dicipta dan dicapai oleh kumpulan bangsa
tersebut.Cth: tamadun China di bina oleh bangsa Cina yang berada dinegeri China.

Bagi tamadun Islam, kewujudan bangsa itu diiktiraf. Ini dapat dibuktikan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Hujarat :49 yg bermaksud :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki, seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling muka di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya, Allah Maha
Mengetahui Lagi Maha Mengenal”.
Berdasarkan kepada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa manusia sememangnya diciptakan oleh Allah SWT berbeza-beza darisegi jantina iaitu lelaki dan wanita berkusu kaum, bangsa, berbeza warna kulit, bahasa, adat resam dan kebudayaan. Ia sengaja direncanakan oleh Allah SWT utkmencapai satu matlamat iaitu perpaduan.


CIRI-CIRI TAMADUN:
Secara umumnya tamadun mempunyai ciri- ciri seperti berikut:

1. Pemikiran keagamaan:
Cth:tamadun Islam, China, India dll.
2. Kota Raya :
Baghdad bagi tamadun Islam, Lembah Hwang Ho tamadun Cina.
3. Penduduk yang ramai:
Merupakan elemen penting dlm proses pembangunan sesebuah negara.
Dapat menghasilkan kemajuan & pencapaian yg tinggi dlm pelbagai bidang sprt sains &
teknologi, seni bina dsbgnya.
4. Pemerintahan & Undang-undang:
Undang-undang yang adil dan berkesan dapat membawa kemajuan kepada sesebuah tamadun.
5. Pengkhususan kerja:
Cth: wujudnya golongan intelektual, para sarjana, pedagang, teknorat, petani, pekerja dan
sebagainya.
6. Ilmu pengetahuan
7. Teknologi
8. Perdagangan Antarabangsa


TAMADUN AGUNG:
Terbahagi kepada dua bhg:
1.Tamadun terawal :
*Tamadun manusia lahir pd zmn Batu Baru (neolitik) antara tahun 5,000 – 3,000 s.m.
*Manusia dizaman bt baru, manusia membuat petempatan berhampiran dgn sungai, tasik, gua batu
& mula hidup berkampung.
*Mula mencipta senjata baru seperti tembikar & peralatan tenunan. Alat-alat tersebut
mempunyai mutu yang lebih halus, digilap dan diasah.
*Menjalankan kegiatan ekonomi pertanian & penternakan. Mereka jg mula mencipta roda utk
kemudahan pengangkutan & mencipta kain utk pakaian.
*Aktiviti perdagangan dlm bentuk sistem barter. Pegangan agama atau kepercayaan kpd tuhan.
*Antara tamadun agung terawal ialah :
a)Tamadun Mesir
b)Tamadun Sumeria
c)Tamadun Indus
d)Tamadun Hwang Ho

1.TAMADUN MESIR
*Lahir di Lembah Nil.
*Mengamalkan sistem pemerintahan hierarki. Firaun menduduki hierarki tertinggi, diikuti oleh
golongan pemerintah, gol. Pertengahan, gol. Petani & gol. Hamba abdi.
*Mempunyai tulisan yg dikenali dgn nama Hieroglyphics iaitu tulisan bergambar & pendeta. Ia
merupakan ukiran suci ciptaan pendeta. Ia terdiri drpd 24 huruf yg ditulis dgn dakwat di
atas kertas yg dibuat drpd pokok papyrus.

2.TAMADUN SUMERIA
*Lahir kira-kira 6000 thn dahulu di Mesopotamia, iaitu antara sungai Tigris & Euphrates.
*Terdiri daripada beberapa buah negara kota yg diperintah oleh paderi besar.
*Mencipta tulisan dlm bentuk Cuneiform & pictographic.
*Menjalankan kegiatan penternakan secara saintifik & mempunyai pegangan agama kuil dlm
bentuk
*Piramid yg diberi Ziggurt iaitu menjadi pusat peribadatan.

3.TAMADUN INDUS
*Bermula sejak 4500 thn dahulu. Terletak bersempadan antara India dgn Pakistan.
*Mempunyai taraf hidup yg lbh tinggi.
*Mempunyai sistem pentadbiran yg mempunyai perancangan rapi.
*Mempunyai pengkhususan kerja yang membantu melancarkan lagi proses pentadbiran tamadun ini.
*Kegiatan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada penternakan, pertanian dan perdagangan.
*Mengamalkan ajaran agama Hindu, iaitu menyembah dewa shiva yang mempunyai tiga muka &
dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan dan haiwan.
*Menggunakan tulisan berbentuk simbol & bergambar.
*Menghasilkan perhiasan daripada perak & batu permata, disamping memiliki tukang emas yang
mahir.

4.TAMADUN HWANG HO
*Bermula dizaman pemerintahan Dinasti Shang, iaitu lebih kurang 1500sm.
*Kota raya yang besar telah dibina seperti Anyang, Loyang & Shang.
*Dizaman pemerintahan dinasti Chou, beliau tlh memperkenalkan beberapa jabatan utk mengawal
urusan kewangan, pertahanan, undang-undang & rekod.
*Berpegang kpd prinsip percaya kpd roh nenek moyang.
*Menggunakan tulisan simbol iaitu ideogram yang ditulis diatas buluh.
*Sumber ekonomi bergantung kpd pertanian & pertukangan tangan.
*Menggunakan roda &peralatan yg diperbuat daripda gangsa.
*Menggunakan mata wang logam & mempunyai institusi bank pd abad ke-5 sm.


TAMADUN PERINGKAT PERKEMBANGAN
1.Tamadun Yunani :
2.Tamadun Rom
3.Tamadun China
4.Tamadun India

1.TAMADUN YUNANI
*Bermula pd abad ke-5 sm.
*Mengandungi 150 buah acropolis kota-kota kecil.
*Sistem pemerintahan berubah daripada sistem beraja kpd oligarki dan saterusnya demokri.
*Menjalankan kegiatan perikanan, penternakan & perdagangan sbg sumber ekonomi utama.
*Mata wang telah muladigunakan.
*Tamadun Yunani tlh melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal dlm pelbagai bidang seperti
socrates, aristotle dan plato dlm bidang falsafah, dll.

2.TAMADUN ROM
*Merupakan sebuah kerajaan yg mengamalkan corak pemerintahan secara republik.
*Diterajui oleh golongan bangsawan yg bijaksana & dikenali sebagai Patrician.
*Undang-undang pertama yg dikenali sbg Jadual Dua Belas diguba pada thn 450 sm.
*Banyak mencapai kemajuan dgn terbinanya kuil, pawagam, bandar serta bangunan-bangunan yg
tersergam indah.
*Membina jambatan, terusan & jalan raya yg panjang hingga beribu-ribu kilometer.
*Tahap pendidikan jg berkembang maju dgn sekolah-sekolah dibina & mempunyai kurikulum
sistematik.
*Julius Caeser merupakan pemerintah Rom yg agung.
*Beliau tlh berusaha memperluas wilayah rom secara agresif, membawa banyak perubahan &
menyumbang kepada kemajuan tamadun Rom.

3.TAMADUN CHINA
4.TAMADUN INDIA


KEMEROSOTAN TAMADUN


  • Para sarjana mempunyai pandangan tersendiri tentang faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah tamadun itu runtuh. 
  • Cth: ibn Khaldun berpendapat kejatuhan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral dlm kehidupan manusia yg terlalu taksub dgn kekayaan dsbgnya.        
  • Wahbah Zuhayli (1998) melalui penulisannya “Al-Quran al-Karim, Bunyatuhu al-Tashri`iyyah wa Khasaisuhu al-Hadariyatuhu” mengemukakan pendapat bahawa keruntuhan sesuatu tamadun adalah disebabkan ketidakseimbangan di antara aturan fizikal dan spiritual.   
  • Jared Diamond pada tahun 2005 bukunya "Collapse: How Societies Choose to Fail or Succeed” menerangkan punca-punca yang menyumbang kepada kejatuhan tamadun. antara puncanya seperti kerosakan alam sekitar yang melibatkan penebangan hutan yang berleluasa dan hakisan tanah. Selain itu, perubahan iklim seperti bencana juga boleh Secara keseluruhannya, kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakkannya disebabkan oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama, mengalami kemuflisan moral, ketidakadilan, tidak bersikap mesra dengan alam, bencana alam dan penindasan terhadap rakyat.
  • Tidak dinafikan juga faktor-faktor lain seperti faktor kemunduran dari aspek keilmuan, kemiskinan, kejatuhan ekonomi dan faktor penyakit juga boleh menyumbang kepada kemerosotan tamadun.
  •  menyumbang kepada kejatuhan tamadun.

2 comments: