Friday, 20 April 2012

BAB 2: TAMADUN ISLAM


KANDUNGAN TOPIK
*KONSEP TAMADUN ISLAM
*SUMBER TAMADUN ISLAM
*ASAS TAMADUN ISLAM
*CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
*KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
*FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN
*FAKTOR KEJATUHAN TAMADUN
*SUMBANGAN TAMADUN

KONSEP TAMADUN ISLAM
*Secara umumnya tamadun Islam boleh dilihat daripada pengertiannya dari segi bahasa dan
istilah antaranya :
*Bahasa Arab : ‘madaniyyah’, ‘tamaddun’ dan ‘hadharah’. Ibn Khaldun : ‘umran’ yg digunakan dlm
kajian tentang bandar-bandar & ibu kota yg meliputi kws tanah yang didiami dan petempatan,
tanah yang subur dan maju. Hadharah : daerah, kota, bandar, kampung @ tanah yg. diusahakan. *Dlm bhs Arab moden : tamaddun : memiliki ciri-ciri hidup bandar.
*Dr sudut terminologi Inggeris & Latin : civilization: tamadun manusia yg berkaitan dgn
kemajuan jati diri manusia dlm membangunkan kehidupan di pelbagai peringkat.
*Pandangan sarjana Islam : Ibn Khaldun : “pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan
asasi kehidupan sehingga dpt membuka jalan ke arah pemikiran & penghasilan daya cipta yang
lebih halus & mempunyai nilai-nilai seni”. Ali Syariati : merangkumi seluruh kehidupan mental
& spiritual umat manusia.
*Malik Bennabi : merupakan suatu bentuk kehidupan manusia yang dapat mempergunakan unsur-unsur
alam material dengan sebaik-baiknya utk memudahkan kehidupan di dunia dengan mengambil
nilai-nilai kerohanian sebagai dasar perjuangan. Syed Muhammad Naquib Al-Attas :”keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yg telah mencapai taraf kehalusan tatasusila & kebudayaan yang
luhur bg seluruh masyarakat”

SUMBER TAMADUN ISLAM:
Tamadun Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah:
1.Keistimewaan Al-Quran:
*Kesahihan & Keterpeliharaan:
-dijamin oleh Allah SWT sehingga ke hari kiamat.
-terpelihara dari sebarang penyelewengan yg dilakukan oleh manusia @ jin.
-Firman Allah SWT dlm surah al-Hijr ayat 9 yg bermaksud :
“Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan al-Quran & sesungguhnya Kami benar-benar
memeliharanya”.

*Syariah yang lengkap:
-syariah yang dibawa lengkap & menyeluruh utk semua manusia, masa, suasana, tempat & zaman.
-bukan shj mengatur cara hidup utk diri individu malah meliputi keluarga, jiran, negara,
ekonomi, teknologi & antarabangsa.

*Keindahan bahasa:
-keunggulan al-Quran bergantung kpd mukjizat bhsnya yg indah dr segi balaghahnya (retorika).
-diakui oleh sasterawan Arab jahiliah yg bgt mahir dgn balaghah.
-mrk gagal utk menandingi keindahan bhs al-Quran, apa lagi utk mengatasinya sjk ia
diturunkan hg kehari ini.

*Keluasan & kedalaman ilmiahnya:
-tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.
-masih byk ilmu yg terdapat didlm al-Quran yg blm dihurai oleh manusia.

*Kejiwaan:
-dr segi kejiwaan & nafsiah, al-Quran merupakan mukjizat yg sgt besar.
-berjaya mempengaruhi & menguasai jiwa umat Islam sehingga manusia itu blh menerima segala
ajarannya dengan senang hati,insaf dan sedar.


As-Sunnah:
Kepentingan As-Sunnah:

1.Diperlukan untuk menghuraikan prinsip & konsep umum & menyeluruh dari Al-Quran.

2.Pentafsir Al-Quran:
-ayat Al-Quran kebanyakkannya berbentuk umum & mutlak.
-memerlukan pentafsiran dari Rasulullah SAW, kerana tanpa pentafsiran itu sukar utk umat
Islam memahaminya.
-berfungsi dlm empat bentuk:
a.mentafsirkan hal yg umum seperti cara melaksanakan ibadat sembahyang, zakat, haji dll
b.membataskan hukum yg belum ditetapkan batasnya oleh Al-Quran.
c.mengkhususkan sesuatu hukum yg umum.
d.menjelaskan hukum Al-Quran.

3.Memperkukuhkan al-Quran:
-berfungsi sebagai pengukuh Al-Quran.

4.Tambahan Hukum al-Quran:
-berperanan sebagai penambahan hukum yg terkandung didalam Al-Quran.
-Al-Quran bersifat umum, prinsip, konsepsi & menyeluruh, ada hukum cabang yg tidak disentuh
oleh Al-Quran.
-cth: hukkum anak binatang yg masih didalam kandungan ibunya, apabila ibunya disembelih cth:
lembu.
-Rasulullah SAW menjelaskan seperti berikut:
“Sembelihan janin (anak dlm kandungan)mengikut sembelihan ibunya.”
-bermaksud; ini menambahkan hukum al-Quran yg menghalalkan sembelihan binatang ternakan
iaitu anak yg masih berada dlm kandungan ibunya sbg halal dimakan apb ibunya disembelih
mengikut syarak.


ASAS TAMADUN ISLAM :
Terdiri daripada tiga unsur yang utama iaitu Akidah, Syariah
dan Akhlak.

AKIDAH :
Definisi :
Akidah merupakan suatu perkara yang melibatkan antara hub. Manusia dengan Allah SWT.
Ianya meliputi kepercayaan dan keyakinan manusia kpd kekuasaan Allah SWT yg berpusat dihati.
Dgn keyakinan yg kuat akan mendorong manusia untuk beribadat hanya kpd Allah SWT melalui kepercayaan dan kepatuhan kpd rukun Iman yg enam iaitu:
1-Percaya kpd Allah SWT
2-Percaya kpd Malaikat
3-Percaya kpd Kitab
4-Percaya kpd Rasul
5-Percaya kpd hari kiamat
6-Percaya kpd Qada’ dan Qadar.

Tauhid = Aqidah= Iman
Pengertian tauhid : sebarang daya usaha utk mengesakan Allah swt, mengagungkan, membesarkan dan mensucikanNya dari sebarang sifat kekurangan.
Pengertian aqidah :kepercayaan dan keyakinan kuat dan teguh yg berpusat di hati serta menghayati segala aspek kehidupan sebagai ibadat yang diyakini.
Pengertian Iman : kepercayaan yg tertanam di lubuk hati dgn penuh keyakinan tnpa syak dan ragu.

Fitrah Manusia melalui :
*Akal
*Ilmu
*Wujudan
*Wahyu

PENGARUH TAUHID
Pengaruh atau kesan akidah dan keimanan ke atas manusia antaranya ialah :

1.Revolusi Insaniah
*Aqidah membawa kesedaran drp sentuhan jiwa dgn keimanan kpd Allah
*Kesedaran membawa kpd perubahan jiwa dan menghasilkan satu revolusi, suatu perubahan dari
sudut pndgn hidup mahupun cita-cita.

2.Dedikasi
*Kuat bekerja
*Tidak kenal penat lelah
*Saling berhubung kait antara rajin bekerja dan kuat berusaha yg merupakan syarat kesempurnaan
iman.

3.Menghargai Masa
*Umur seseorg insan sgt bernilai krn bgitu singkat jika dibandingkan dgn umur dunia dan masa
di akhirat.
*Individu yg punyai kekuatan aqidah akn mghargai masa yg ada dan manfaatkannya utk sebrg
amalan kebaikan.

4.Dugaan
*Dugaan terdpt dlm 2 bntuk iaitu nikmat berupa pangkat,kuasa dll dan penderitaan berupa
bencana, sakit dll.
*Nikmat atau pnderitaan ini akan menguji tahap keimanan sesorg

5.Dakwah
*Org yg beriman akn sentiasa berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran

6.Jihad
*Org yg kuat imannya akan melaksanakan amanah jihad dan jga hijrah.
*Jihad punyai titah perintah iaitu kekuasaan,lisan dan hati

7.Kebahagiaan
*Tamadun yang dihasilkan daripada keimanan yang menitik-beratkan tiga unsur utama iaitu ikrar
dengan lidah, pengakuan dengan hati dan dedikasi serta bekerja keras dengan perbuatan akan
menjamin kebahagiaan.

SYARAK
Syarak = Syariah
Pengertian Syarak :

1-Bahasa :
i) saluran air yg menjadi sumber minuman
ii) jalan yg lurus

2-Istilah :
i) Segala titah perintah, larangan, bimbingan dan prinsip perundangan daripada Allah s.w.t.
yang disampaikan kepada junjungan besar Rasullullah s.a.w. untuk sekalian manusia agar
dipatuhi dan ditaati. Mereka diberikan ganjaran baik jika taat dan disediakan pula
pembalasan yang pedih jika ingkar
ii)Hukum Allah s.w.t. untuk mengatur laku perbuatan manusia dalam bentuk halal, haram,
makruh, wajib dan sunat.
iii)Segala hukum yang dperundangkan oleh Allah s.w.t. kepada sekalian manusia yang wajib
diimani, dipatuhi dan diamalkan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
iv)Jalan yang lurus, sistem yang benar dan mempunyai matlamat yang murni yang ditetapkan oleh
Allah s.w.t. untuk sekalian manusia untuk membina tamadun agar mereka berjaya dan bahagia
di dunia dan di akhirat.


Keperluan Syarak
1.Fitrah semula jadi atau sunnah hidup manusia yang tidak boleh hidup secara bersendirian.
2.Fitrah atau sunnah hidup manusia yang berbeza dari pelbagai aspek iaitu keturunan, warna
kulit, bahasa,adat resam, kebudayaan dan sebagainya.
3.Tanpa syarak atau syari’ah maka berleluasalah hasad dengki, kezaliman, penindasan dan pilih
kasih sesama manusia yang berakhir dengan perbalahan, pertumpahan darah dan peperangan
4.Untuk mengatur hidup manusia yang aman, damai dan sejahtera
5.Syari’ah menggalakkan manusia membina sifat ihsan di dalam diri
6.Syarak dan syari’ah juga membina taqwa
7.Undang-undang lahirah disediakan oleh syarak atau syari’ah untuk segelintir manusia yang
tidak takut kepada siksaan Allah s.w.t. di akhirat.

Falsafah / Matlamat Syariah
1.Keselamatan Agama
Cth :mencegah penyelewengan ajaran Islam seperti Pengembangan ajaran sesat

2.Keselamatan Nyawa
Cth :melarang tindakan mencederakan dan membunuh sama ada diri sendiri atau org lain

3.Keselamatan Nyawa
Cth : Islam melarang segala sesuatu yang boleh merosakkannya seperti dadah, arak dll.

4.Keselamatan Keturunan
Cth : Segala laku perbuatan yang boleh merosakkan keturunan ditegah keras oleh Islam
seperti zina, bohsia, bohjan, penguguran, dan pembuangan anak.

5.Keselamatan Harta
Cth :diwajibkan mengumpul harta melalui cara,barangan dan agihan yang dihalalkan oleh
Islam.

Bahagian Syarak
*Ibadat
*Muamalat
*Jenayah
*Munakahat

AKHLAK
Pengertian Akhlak : segala tingkah laku yg baik yg telah menjadi adat kebiasaan, amalan, sebatian dan cara hidup seseorang yg bersumberkan Al Quran dan As Sunnah.

Ciri-ciri Akhlak Islam :
1- Kebaikan Mutlak
2- Kebahagiaan Sejagat
3- Mudah
4- Mantap
5- Kewajipan yg dipatuhi
6- Pengawasan menyeluruh

Bahagian Akhlak :
1- Akhlak Mulia (hati,harta,tenaga,bahasa &sikap)
2- Akhlak Keji


CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM :
1.Kota Raya :
-cth : Madinah merupakan negara dan kota raya ertama Islam yg diasaskan sendiri olleh
Rasulullah SAW.
2.Penduduk yang Ramai.
3.Seni bina :
-merupakan kayu pengukur kpd ketinggian sesuatu tamadun. Cth : taj mahal menjadi bukti kpd
ketinggian tamadun Islam.
4.Sains dan ilmu pengetahuan :
-perkembangan pesat tamadun Islam adalah berpunca drp kajian-kajian yg dibuat dlm bidang
sains dan teknologi.
5.Keamanan :
-merupakan puncak drp kehidupan yg dikuasai oleh undang-undang, peraturan, tatasusila &
kesopanan @ adab yg dikuat kuasakan oleh sebuah pemerintahan yg adil dan saksama.
6.Kesenian :
-cth kesenian Islam yg agung seni khat dan awan larat yg menghiasi bangunan, kitab, alat
timbikar, barang kemas, perhiasan yg diperbuat drp gandnig, kaca tenunan, wang syiling
dsbg.

KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN :
Zaman Pra Sejarah:
1.Paleolitik :
-bermula dr 100,000 sm & berakhir thn 10,000 sm.
2.Mesolitik :
-bermula dr 10,000 sm hg 5,000 sm.
-merupakan Zaman Batu Pertengahan.
3.Neolitik :
-bermula dr thn 5000 sm hg thn 3,000 sm.
- dinamakan sbg zaman batu baru.


TAMADUN AWAL :
Antara tamadun terawal yang lahir:
Lembah Euphrates dan Tigris :
Sumeria :
*Diasaskan kira-kira 6000 thn dahulu.
*Menjalankan hub. Pdgn dgn tamadun mohenjodaro dan harappa.
*Merupakan tamadun pertama yg berjaya membentuk bilangan jam, hari, minit dan saat.

Tamadun Babylonia:
*lahir antara 2000 – 1000 s.m.
*Hammurabi merupakan tokoh pemimpin terkenal Babylon kerana berjaya menggubal kanun
undang-undang.
*penggunaan kod undang-undang ini berjaya memberikan keamanan kepada negaranya dan berjaya
menghasilkan tamadun yg tinggi.

Assyria :
*kaya dgn pahlawan yang gagah serta berjaya menakluk wilayah disekitarnya.
*runtuh pada thn 612 s.m.

Phoenicia :
*mempunyai 2 pelabuhan utama iaitu Tyre dan Sidon.
*menjalankan kegiatan perdagangan di Lautan Meditrennean yg berjaya membawa kegemilangan
tamadun ini.
*berjaya melahirkan ramai ahli falsafah & sarjana alam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Tamadun Nil :
*pemimpin terkenal dikenali sebagai Firaun.
*memperkenalkan sistem perhambaan yang berkesan.
*berjaya membina Piramid iaitu salah satu seni bina ajaib di dunia.
*mencapai tahap kemajuan dlm bidang sains, kimia, matematik dan perubatan.

Tamadun Indus:
*di lembah Indus India – lahir tamadun agung iaitu Mohenjo-daro dan Harappa.

Lembah Hwang Ho:
*lahirnya tamadun Cina yg banyak meninggalkan sumbangan besar kepada tamadun manusia.

Greece:
*lahirnya tamadun Yunani yg mengeluarkan ramai para sarjana falsafah & sarjana sains yang
terkemuka.

Itali :
*tamadun Rom yang lahir sebagai penyambung kepada tamadun Yunani dan menjadi sebuah tamadun
yang agung.

Parsi :
*lahirnya tamadun yang berupaya menyaingi keagungan & kekuatan tamadun Rom & Yunani


CIRI-CIRI TAMADUN AWAL :
1.Penggunaan Bahasa, perkembangan intelektual & teknologi :
*mempunyai bahasa yang tersendiri. Contoh: bhs Sanskrit bg tamadun Lembah Indus, bhs
Yunani, bhs Latin dsbgnya.
*melahirkan ramai gol. Intelektual dgn karya mereka. Cth: Plato, Socrates Aristotle,
Valmiki, Vyasa & Kalidasa.

2.Tulisan dan Skrip :
*pictographic : tulisan bergambar – tamadun sumeria & Mesir
*Ideographic : tulisan berbentuk lukisan – tamadun sumeria & Mesir
*Cuneiform : tulisan berbentuk baji- tamadun Babylonia
*Hieroglyphics : tulisan huruf bergambar – tamadun Mesir di Lembah Nil
*Alphabet : tulisan dlm bentuk abjad – tamadun Aramia

3.Pengkhususan Kerja :
*boleh menghasilkan produktiviti yang bermutu dlm semua bidang. Cth : Dinasti Shang.

4.Perkembangan Penduduk :
*merupakan faktor penting utk perkembangan kegiatan ekonomi, perdagangan, pencapaian
intelektual, dsbgnya. Cth ; Kerajaan Chandragupta dr Dinasti Maurya.

5.Pemikiran Keagamaan :
*merupakan asas utama pembinaan tamadun. Cth : agama Hindu menjadi tunjang kekuatan tamadun
di Lembah Indus.

6.Perdagangan Antarabangsa :
*memboleh sesebuah tamadun itu berkembang pesat. Cth : perdagangan antara Timur-Barat tlh
dimulakan oleh tamadun Mohenjodaro & Harappa sjk tahun 2300 s.m ke Lembah Euphrates &
Tigris serta Asia Tenggara.


FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN
1.Kesesuaian Iklim dan Tanah:
*menjadi faktor ptg dlm perkembangan sesebuah tamadun.
*cth: tamadun sumeria, babylonia dan juga Assyria di Lembah Nil.

2.Masyarakat & Undang-undang:
*cth: tamadun Yunani yg lahir pd abad ke5 sm. Dibina setelah wujudnya gabungan 150 buah
acropolis iaitu kota-kota kecil.
*pelaksanaan undang-undang yg berkesan akan menjamin keamanan.

3.Pengkhususan Kerja:
*cth:tamadun Mesir di Lembah Nil berjaya membina Pyramid hasil daripada pengkhususan kerja
yang teratur dibwh pemerintahan Firaun dahulu.
*Masyarakat Mesir tbhg kpd 5 bhg iaitu:

4.Rekacipta dan Teknologi:
*merupakan faktor penting dlm peningkatan tamadun.
*cth: penciptaan alat teknologi membolehkan sistem pengairan dpt diperbaiki dari semasa ke
semasa.
*penciptaan peralatan pertanian dpt meningkatkan lg pengeluaran hasil pertanian.
*penciptaan alat pengukuran, alat tenunan, jam dan sbgnya.

SUMBANGAN TAMADUN
1.Tamadun mesopotamia-Kod Hammurabi
2.Tamadun mesir di lembah Nil-piramid & kalendar solar
3.Tamadun indus-seni bina yg diperbuat drpd tanah liat
4.Tamadun Lembah Hwang Ho-tulisan ideographic & penggunaan gangsa


FAKTOR KEJATUHAN TAMADUN
1.Tidak adil dlm pemerintahan:
*wujud jurang perbezaan yg ketara antara gol.kaya dgn miskin.
*rakyat bangkit memberontak & tidak bekerjasama dlm melakukan sesuatu kerja.

2.Penindasan & kezaliman:
*pemimpin mengenepikan soal kemanusiaan.
*kehidupan bertamadun sudah tidak dihormati lagi.
*cth: wilayah kolonial dr tamadun Barat yg tumbang disebabkan oleh penindasan & kezaliman.

3.Keruntuhan Moral:
*berlaku dikalangan pemimpin yg tidak berkaliber dan tidak mempunyai penghayatan yg tinggi
terhadap nilai-nilai murni.
*cth:tamadun Yunani, tamadun Rom dan jg tamadun Islam.

4.Berfikiran Tertutup:
*sifat tidak mahu menerima pendapat serta perubahan terutama sekali perubahan dlm bidang
politik dan sains & teknologi
*pemikiran jd tidak berkembang dan terus berada ditakuk lama.
*cth: tamadun Islam Uthmaniyah.

5.Bencana Alam:
*blh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan secara besar-besaran dlm pelbagai aspek seperti
ekonomi & struktur pentadbiran kerajaan.

Wednesday, 11 April 2012

BAB1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN


KANDUNGAN TOPIK :
*Pengenalan
*Definisi Tamadun secara umum.
*Perbezaan Tamadun
*Ciri-ciri Tamadun
*Tamadun Agung

*Kemerosotan Tamadun



Pengenalan
  • Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. 
  • Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. 
  • "Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. 
  • Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral."



Definisi Tamadun secara Umum
Secara umumnya tamadun ditakrifkan sebagai pencapaian manusia dalam bidang kebendaan disamping tidak mengabaikan tentang aspek-aspek kerohanian yg menjadi panduan kearah kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat.


Pendapat Sarjana Islam & Barat:
1.Ibn Khaldun :
Dalam kitab Muqaddimah guna istilah Umran.
Umran-makna asal tanah, tempat yg didiami manusia, mempunyai persediaan yg cukup bg manusia
dan keperluannya, pencapaian manusia yg melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yg lbh halus dan mempunyai
nilai-nilai seni

2.Syed Naquib al-Attas
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

3.Jurji Zidan
adunan panduan pencapaian manusia dari segi kerohanian dan kebendaan.

4.Mahmood Mohd. Taib an-Najmi
suatu peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran dari
segi tamadun.

5.Abu Bakar Hamzah
suatu hasil pemikiran orang-orang Islam berlandaskan kepada ad-din Islam sendiri dan
termasuklah aspek kebendaan yang digunakan dalam kehidupan mereka seharian

6.Abd. Alim Abdul rahim dan Syed Idrus Syed Mat Zin
pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk
skrip, seni bina, pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang, politik dan
sebagainya

7.Mahayudin Hj. Yahaya
tamadun itu tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal sahaja, tetapi termasuk juga
aspek keadilan, moral dan kerjasama serta kesefahaman dikalangan anggota masyarakat yang
wujud di kota dan di desa.

8.Clive Bell
tamadun sebagai kriteria masyarakat

9.Redfield :
Tamadun sebagai cara hidup yang berkriteria.

10.Beatty dan Johnson :
kehidupan kota dan tulisan adalah asas utama kelahiran sesuatu tamadun.



11. Sayid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yag berteraskan syariat ALLAH, serta bercirikan  nilai-nilai moral islam.


12. Collingwood
Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yang mana hasil daripada proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masysrakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.


Perbezaan Tamadun :
Terbahagi kepada tiga perkara iaitu:


1.Perbezaan Antara Tamadun dan Agama:
*Kebanyakkan tamadun silam muncul hasil daripada penghayatan yang tinggi terhadap nilai-nilai
keagamaan dlm kehidupan
*Dpt membentuk pandangan semesta & nilai kehidupan yg terpuji dalam masyarakat.
*Ini dpt dibuktikan apb dilihat kpd peninggalan bangunan & barangan tamadun silam yg dpt
menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan beragama.
*Kini, tidak semua tamadun dipengaruhi oleh nilai-nilai keagamaan. Cth: tamadun Barat yg
memisahkan antara nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan masyarakat.
*Agama sangat penting krn ia akan mengatur corak kehidupan manusia kearah kesempurnaan utk
mencapai hidup yg bahagia sama ada kehidupan di dunia dan di akhirat.
*Agama pada keseluruhannya menjadi sumber & asas pembinaan sesuatu tamadun. Cth: agama Islam
menjadi sumber dan asas pembinaan tamadun Islam. Begitu juga agama-agama lain seperti agama
Hindu, buddha dan juga kristian.
*Oleh demikian, perbezaan antara tamadun & agama begitu jelas. Agama merupakan sumber asas
sesuatu pembinaan tamadun.
*Manakala tamadun pula merupakan pencapaian yg dicipta oleh manusia yg bersumberkan sesuatu
agama.

2.Perbezaan antara tamadun & kebudayaan :
*Budaya didefinisikan sebagai cara berfikir & cara merasa yg menyatakan diri dr pelbagai
sudut kehidupan oleh segolongan manusia.
*Cth: tamadun Islam bersifat umum yg merangkumi segenap kehidupan, sedangkan kebudayaan
adalah lebih khusus.
*Kebudayaan hanya merangkumi unsur-unsur pemikiran, abstrak, kerohanian & kejiwaan.
Sedangkan tamadun merangkumi semua unsur-unsur ini dn ditambah dengan unsur-unsur kebendaan
seperti kota raya, tulisan, skrip,seni bina, teknologi dsbgnya.

3.Perbezaan antara tamadun dan bangsa:
*Bangsa boleh ditakrifkan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan. Cth : bangsa
Melayu, Cina & India.
*Bangsa juga ditakrifkan kumpulan manusia di dalam saatu ikatan kenegaraan, cth: bangsa
Malaysia
*Tamadun pula adalah merupakan pencapaian yang dicipta dan dicapai oleh kumpulan bangsa
tersebut.Cth: tamadun China di bina oleh bangsa Cina yang berada dinegeri China.

Bagi tamadun Islam, kewujudan bangsa itu diiktiraf. Ini dapat dibuktikan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Hujarat :49 yg bermaksud :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki, seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling muka di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya, Allah Maha
Mengetahui Lagi Maha Mengenal”.
Berdasarkan kepada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa manusia sememangnya diciptakan oleh Allah SWT berbeza-beza darisegi jantina iaitu lelaki dan wanita berkusu kaum, bangsa, berbeza warna kulit, bahasa, adat resam dan kebudayaan. Ia sengaja direncanakan oleh Allah SWT utkmencapai satu matlamat iaitu perpaduan.


CIRI-CIRI TAMADUN:
Secara umumnya tamadun mempunyai ciri- ciri seperti berikut:

1. Pemikiran keagamaan:
Cth:tamadun Islam, China, India dll.
2. Kota Raya :
Baghdad bagi tamadun Islam, Lembah Hwang Ho tamadun Cina.
3. Penduduk yang ramai:
Merupakan elemen penting dlm proses pembangunan sesebuah negara.
Dapat menghasilkan kemajuan & pencapaian yg tinggi dlm pelbagai bidang sprt sains &
teknologi, seni bina dsbgnya.
4. Pemerintahan & Undang-undang:
Undang-undang yang adil dan berkesan dapat membawa kemajuan kepada sesebuah tamadun.
5. Pengkhususan kerja:
Cth: wujudnya golongan intelektual, para sarjana, pedagang, teknorat, petani, pekerja dan
sebagainya.
6. Ilmu pengetahuan
7. Teknologi
8. Perdagangan Antarabangsa


TAMADUN AGUNG:
Terbahagi kepada dua bhg:
1.Tamadun terawal :
*Tamadun manusia lahir pd zmn Batu Baru (neolitik) antara tahun 5,000 – 3,000 s.m.
*Manusia dizaman bt baru, manusia membuat petempatan berhampiran dgn sungai, tasik, gua batu
& mula hidup berkampung.
*Mula mencipta senjata baru seperti tembikar & peralatan tenunan. Alat-alat tersebut
mempunyai mutu yang lebih halus, digilap dan diasah.
*Menjalankan kegiatan ekonomi pertanian & penternakan. Mereka jg mula mencipta roda utk
kemudahan pengangkutan & mencipta kain utk pakaian.
*Aktiviti perdagangan dlm bentuk sistem barter. Pegangan agama atau kepercayaan kpd tuhan.
*Antara tamadun agung terawal ialah :
a)Tamadun Mesir
b)Tamadun Sumeria
c)Tamadun Indus
d)Tamadun Hwang Ho

1.TAMADUN MESIR
*Lahir di Lembah Nil.
*Mengamalkan sistem pemerintahan hierarki. Firaun menduduki hierarki tertinggi, diikuti oleh
golongan pemerintah, gol. Pertengahan, gol. Petani & gol. Hamba abdi.
*Mempunyai tulisan yg dikenali dgn nama Hieroglyphics iaitu tulisan bergambar & pendeta. Ia
merupakan ukiran suci ciptaan pendeta. Ia terdiri drpd 24 huruf yg ditulis dgn dakwat di
atas kertas yg dibuat drpd pokok papyrus.

2.TAMADUN SUMERIA
*Lahir kira-kira 6000 thn dahulu di Mesopotamia, iaitu antara sungai Tigris & Euphrates.
*Terdiri daripada beberapa buah negara kota yg diperintah oleh paderi besar.
*Mencipta tulisan dlm bentuk Cuneiform & pictographic.
*Menjalankan kegiatan penternakan secara saintifik & mempunyai pegangan agama kuil dlm
bentuk
*Piramid yg diberi Ziggurt iaitu menjadi pusat peribadatan.

3.TAMADUN INDUS
*Bermula sejak 4500 thn dahulu. Terletak bersempadan antara India dgn Pakistan.
*Mempunyai taraf hidup yg lbh tinggi.
*Mempunyai sistem pentadbiran yg mempunyai perancangan rapi.
*Mempunyai pengkhususan kerja yang membantu melancarkan lagi proses pentadbiran tamadun ini.
*Kegiatan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada penternakan, pertanian dan perdagangan.
*Mengamalkan ajaran agama Hindu, iaitu menyembah dewa shiva yang mempunyai tiga muka &
dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan dan haiwan.
*Menggunakan tulisan berbentuk simbol & bergambar.
*Menghasilkan perhiasan daripada perak & batu permata, disamping memiliki tukang emas yang
mahir.

4.TAMADUN HWANG HO
*Bermula dizaman pemerintahan Dinasti Shang, iaitu lebih kurang 1500sm.
*Kota raya yang besar telah dibina seperti Anyang, Loyang & Shang.
*Dizaman pemerintahan dinasti Chou, beliau tlh memperkenalkan beberapa jabatan utk mengawal
urusan kewangan, pertahanan, undang-undang & rekod.
*Berpegang kpd prinsip percaya kpd roh nenek moyang.
*Menggunakan tulisan simbol iaitu ideogram yang ditulis diatas buluh.
*Sumber ekonomi bergantung kpd pertanian & pertukangan tangan.
*Menggunakan roda &peralatan yg diperbuat daripda gangsa.
*Menggunakan mata wang logam & mempunyai institusi bank pd abad ke-5 sm.


TAMADUN PERINGKAT PERKEMBANGAN
1.Tamadun Yunani :
2.Tamadun Rom
3.Tamadun China
4.Tamadun India

1.TAMADUN YUNANI
*Bermula pd abad ke-5 sm.
*Mengandungi 150 buah acropolis kota-kota kecil.
*Sistem pemerintahan berubah daripada sistem beraja kpd oligarki dan saterusnya demokri.
*Menjalankan kegiatan perikanan, penternakan & perdagangan sbg sumber ekonomi utama.
*Mata wang telah muladigunakan.
*Tamadun Yunani tlh melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal dlm pelbagai bidang seperti
socrates, aristotle dan plato dlm bidang falsafah, dll.

2.TAMADUN ROM
*Merupakan sebuah kerajaan yg mengamalkan corak pemerintahan secara republik.
*Diterajui oleh golongan bangsawan yg bijaksana & dikenali sebagai Patrician.
*Undang-undang pertama yg dikenali sbg Jadual Dua Belas diguba pada thn 450 sm.
*Banyak mencapai kemajuan dgn terbinanya kuil, pawagam, bandar serta bangunan-bangunan yg
tersergam indah.
*Membina jambatan, terusan & jalan raya yg panjang hingga beribu-ribu kilometer.
*Tahap pendidikan jg berkembang maju dgn sekolah-sekolah dibina & mempunyai kurikulum
sistematik.
*Julius Caeser merupakan pemerintah Rom yg agung.
*Beliau tlh berusaha memperluas wilayah rom secara agresif, membawa banyak perubahan &
menyumbang kepada kemajuan tamadun Rom.

3.TAMADUN CHINA
4.TAMADUN INDIA


KEMEROSOTAN TAMADUN


  • Para sarjana mempunyai pandangan tersendiri tentang faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah tamadun itu runtuh. 
  • Cth: ibn Khaldun berpendapat kejatuhan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral dlm kehidupan manusia yg terlalu taksub dgn kekayaan dsbgnya.        
  • Wahbah Zuhayli (1998) melalui penulisannya “Al-Quran al-Karim, Bunyatuhu al-Tashri`iyyah wa Khasaisuhu al-Hadariyatuhu” mengemukakan pendapat bahawa keruntuhan sesuatu tamadun adalah disebabkan ketidakseimbangan di antara aturan fizikal dan spiritual.   
  • Jared Diamond pada tahun 2005 bukunya "Collapse: How Societies Choose to Fail or Succeed” menerangkan punca-punca yang menyumbang kepada kejatuhan tamadun. antara puncanya seperti kerosakan alam sekitar yang melibatkan penebangan hutan yang berleluasa dan hakisan tanah. Selain itu, perubahan iklim seperti bencana juga boleh Secara keseluruhannya, kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakkannya disebabkan oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama, mengalami kemuflisan moral, ketidakadilan, tidak bersikap mesra dengan alam, bencana alam dan penindasan terhadap rakyat.
  • Tidak dinafikan juga faktor-faktor lain seperti faktor kemunduran dari aspek keilmuan, kemiskinan, kejatuhan ekonomi dan faktor penyakit juga boleh menyumbang kepada kemerosotan tamadun.
  •  menyumbang kepada kejatuhan tamadun.