Monday, 7 May 2012

IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.


Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama:
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai  Avicenna
Gelaran:
Bapa Sejarah Sains
Lahir:
sekitar 980 M atau 370 H
Wafat:
1037 M atau 428 H
Mazhab:
Etnik:
Rantau:
Bidang:
Karya:
Pengaruh:
Diilhami:


Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera
yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu
sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya
meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina juga
telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama
seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah
dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh
Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu
yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi,
muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.  Ensiklopedia
Kedoktoran Pertama.

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang
berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia
melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina,
termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar
yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di
Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat
terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi
manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai
makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan
bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat
empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan
lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh
manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang
badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai
‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah
mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini
belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina
tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies).
Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam
semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada
keadaan yang sebenarnya.

TOKOH PERUBATAN ISLAM.
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah
adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14
jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden
banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan
pembedahan.


Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah
menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di
universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan
15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu
buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali .
Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di
Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah
menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K.
Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina
telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari
ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku
tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan
keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan
–keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang
sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.


Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh
kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai
"Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam
ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin
Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu
itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati
baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.
Penemuan-Penemuan Baru. Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia
ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di
dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana
sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia
mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh
ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut
Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya
dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai
yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang
disebut sebagai lembah-lembah."

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di
sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan
(mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan
penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan
bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam
terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang
telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada
karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :
1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang
pembahagian ilmu-ilmu rasional.
3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus"
yakni tentang pemilikan (mimeral).
6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab
terjadinya huruf.
7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.
8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.
9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.


Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa
perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics
"psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan
jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak -
seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan
oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan
ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para
hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di
tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :
1. Kuat atau denyutan yang lemah.
2. Masa antara denyutan.
3. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat
penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit
jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan
alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya
diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir
berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan ,
nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak
dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut
peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang
pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu
penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda
penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang
mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan
psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah
116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab
dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur ,
paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai
pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah
menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037
M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair
Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk
selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah
untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain.
Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di
tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.